Muhasabah Daily
Muhasabah Daily
Produk ini telah dibangunkan sebagai satu alat sebagaimana taqwim telah lakukan semenjak berabad dahulu, untuk mengingatkan kita tentang tarikh dan waktu solat. Walaubagaimanapun, masih sedikit perisian yang dibangunkan untuk memperingatkan tentang apa yang kita lakukan dalam seharian. Tidak mencukupi dengan hanya menggunakan taqwim yang biasa.
Oleh itu, IA Tech telah membina Muhasabah Daily (Muhasabah Harian) sebagai satu alat untuk memperbaiki amalan seharian kita, bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan, bulan kemuliaan untuk memungut hasil-hasil "bonus" yang disediakan kepada kita semua.
Konsep perisian ini adalah dengan cara mengkoreksi diri setiap hari. Dengan menjawab persoalan ringkas, satu laporan harian dan bulanan akan disediakan. Kita boleh saksikan bagaimana pencapaian seharian dan bulanan kita dalam melakukan ibadah ini.

Berkonsepkan surah Al-'Asr sebagaimana firman Allah Ta'ala,
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, melainkan yang beriman dan melakukan amalan yang soleh (baik), berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran"

Dengan memuhasabah diri setiap hari, dan setiap bulan, kita mengharap agar kita sentiasa tidak lupa akan temujanji pasti kita dengan Allah Ta'ala di akhirat nanti. Sebelum kita dihisab, eloklah sekiranya kita memuhasabah diri dan selalu beristighfar kepada Allah S.W.T.
Perisian ini dibina dalam bahasa Melayu, dan InsyaAllah, sebelum 1 September 2009 ini, kami akan lancarkan Muhasabah Daily dalam bahasa Inggeris.
Semoga, dengan terhasilnya produk ini, kita mampu menjadi Muslim mu'min yang lebih baik yang selalu bermuhasabah diri.
Apa yang baik, datang daripada Allah S.W.T, kelemahan dan kekurangan itu datang daripada kelemahan dan kekurangan kami sendiri.
Untuk mendapatkan produk ini, sila email kepada kami di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .
Dapatkan Demo Version sekarang!
(http://www.ia-tech.net/download/Muhasabah.zip)**
Untuk pembelian yang lebih pantas, bolehlah mendeposit wang sebanyak RM 15 ke akaun:
Cimb: 12230011149053
Atas nama IA Tech Enterprise
Sila emailkan kepada kami slip bank sebagai bukti pembayaran.
Setiap RM2 daripada jualan produk, akan didermakan kepada badan-badan amal yang memerlukan.
Terima kasih.
** Anda perlukan JRE6, sila download disini:
Usually ships in:
5hours
Customer Reviews:
There are yet no reviews for this product.Please log in to write a review.
